Tuesday, March 17, 2015

~From Johor Bahru to KLIA2~

untuk warga johor bahru ni, kalau nak ke luar negara melalui KLIA/KLIA2 selalunya kita naik flight ke KLIA/KLIA2 je kan..tapi memandangan kitaorang ni selalu amik flight awal pagi dari KL ke destinasi pilihan, so agak susah jugak la sebab last flight dr JB ni kul 9 malam, sampai KLIA kul 10 malam, so nak kena over night pulak kat KLIA..

so pilihan yang ada..
a) tido kat Tune Hotel KLIA2..yang tak berapa nak murah tu
b) tido kat CAPSULE, yang rate nya mencekik darah 3 jam for RM50..


c) Tido kat hotel yang lebih murah, area sepang la area paling dekat ada pilihan-pilihan hotel yang lain..tapi ada additional transport cost untuk naik taxi/bas/train ke sepang pulak..
d) tidur je kat celah-celah pasu kat dalam epot tu..

so sementara aku dok cuti panjang ari tu, aku pun mencari2 la bus service dari JB direct ke KLIA/KLIA 2..yang boleh overnight dalam bas..kan senang boleh jimat hotel and tido je dalam bas tu dengan nyenyak nya...

ada 1 company bus yang ada rupanya dari bus station Taman Tun Aminah direct ke KLIA/KLIA2..harga tiket RM55 sehala..kalau beli return tiket boleh dapat lebih murah..bus nya pun selesa untuk 3 seated per row.
 
Kaunter no 8
 Seat nya besar dan selesa..3 seat / row
  10 trip per day

Hari tu kami naik bas jam 12 midnight..so tido je la nyanyak2 dalam bas..tau-tau dah sampai KLIA2 jam 3.30 pagi..awal betul sampai, pusing-pusing kat kaunter CAPSULE tu, mahal sangat la pulak..nasib baik la surau tak berkunci, tumpang tidur dulu la dalam surau sampai subuh..

malang nya sejukkkkk sangatttt la surau tu..adoii tak leh tido pulak sampai ke pagi..huhuhu...






0 comments: