Monday, February 16, 2015

~Misi melawat saudara ~ Pulau Belitung ~ Day 4~

sambungan dari sini

Pagi tu kami bangun di iringi dengan bunyi hujan...hujannn..sangat sejuk kat sini..sebenarnya mula2 aku masuk je kat rumah ni benda yang aku perasan rumah ni tak de kipas..kipas diri mahupun kipas syiling...bila waktu siang, dengan semua tingkap terbuka takde la panas pun, tapi bila malam walaupun tingkat semua tertutup, tapi sejukkkknyaaaaa kena pakai geborrrrr...

dah hampir jam 10 pagi baru hujan mulai reda, baru la kitaorg kuar rumah naik moto..Hari ni nak jalan jauh sikit...kalo ikutkan plan nak ke rumah anak perempuan nya yang ke-2, kemudian ke tempat peninggalan belanda dan tempat shooting laskar pelangi then singgah kat tempat yang boleh  mandi mandaaa....hoooreeeyyy..



kali ni suami Dini tinggal kan moto besar sikit untuk kita org laki bini..sebabnya semalam kitaorg guna moto EX5 akak sulung dia, dorg sibuk gelakkan sbb moto tu mmg dah agak uzur, naik pulak 2 ekor dinosor...so, paham2 sendiri laaa.....so ari ni kitaorg di beri moto besar sikit, sesuai ngan badan katanya...kahkahkahh...

Jangan senget kan kepala korang ni..gambar-gambar dalam entry ni kebanyakkan aku amik masa atas moto..so mana yang sempat di snap je la..kiki..
 
  Dalam perjalanan nak ke rumah anak perempuan mak cik ni, ada banyak sangat kantor-kantor (opis) kerajaan..menurut si Dini, kat kawasan ni la pejabat suami dia bekerja..boleh tahan jauh jugak laaa...
 So aku tak leh byg kan la hubby dini g kerja naik moto buruk kami semalam, sebab ari ni dia tinggalkan moto beso dia utk kami...aissshh..terharunya..






Lepas makan, Sambung naik moto lagiii..brooommm brooomm...

 Kawasan ni memang banyak sangat tasik, sebab tasik2 ni peninggalan kawasan perlombongan timah..(abaikan pakcik tu, aku nk snap ngam2 dia overtake kitaorg)


 Ini lah dia kawasan peninggalan belanda zaman jajahan dulu..menurut dorang ni ada lagu klasik pasal empangan ni tau..masa kami kat sini, makcik ngan dini dok nyanyi-nyanyi lagu tu..comei, cerita pasal ikan la, pasal penjajah laa..rugi pulak tak record..
Kawasan ni jugak jadi tempat melepak muda-muda..ala-ala mcm port laa, tapi masa kami dtg ni, kawan ni tgh dibangunkan, warung-warung medan selera pun tengah buat kat tepi..

Okeeehhh..next destination..
Tadaaa..sampai pun kat sekolah laskar pelangi..sejujurnya aku memang tak pernah pun tengok cerita tu, tapi aku tau cerita laskar pelangi ni memang pernah meletup-letup kat panggung wayang..kena mintak tlg adik aku donlod cerita ni nanti..






 Tak jauh dari replika sekolah tu, ada musium Kata Andrea Hirata kat kawasan tu jugak..agak menarik muzium ni, sebab semua information pasal Pulau Belitung ada di sini..










 Spot local my uni's logo di celah2 ni..wahh..
 Pulau Belitung amat sinonim dengan Warung Kopi


Ini lah dia kisah yang details pasal batu satam..akhirnya jumpa pun...

Lama aku duduk kat dinding ni, banyak betul info2 penting pasal pulau belitung, baruuu tauuu!!









 Dah puas meround kat dalam, jommmm jalan lagiiii!!..


 Sepanjang perjalanan, ada banyak signboard macam ni..gambar atlet2 mereka yang berjaya dengan medal masing2..salah satu cara appreciation utk atlet kann..mesti bangga keluarga dorang setiap kali nampak board ni..


 





Yeahhh..dah sampaiiiii..nak mandi laauuutttt!!!



 Laut nya sangat bersih tapi ombak agak kuat..sebab tu la saudara kami ni tak galakkan kami datang bulan 12..dan sebab ni la jugak dorang tak bawak kitaorang ke pulau lengkuas yang fufuler tu..sebab faktor cuaca dan keadaan laut...di belitung cuaca boleh berubah tiba-tiba..dari panas ke hujan lebat, namun ombak air laut memang sangat kuat pada waktu ni..so waktu terbaik nak datang sini antara bulan Mac - August...


Actually memang dorang dah bagi tau awal-awal tapi aku ada cuti waktu ni je..redah je la..dan bersyukur sangat sepanjang waktu kami kat sini, takde la hujan lebat sangat-sangat dan cuaca baik-baik je..Alhamdulillah..



 Dah hampir senja, baru la kami bergerak balik, tu pun sebab dah naik pedih kulit aku ni sun burn...
Awesome sunset, sempat snap atas moto..
Tengah dok laki aku merempit, aku ternampak pulak anak bulan..terus mintak dia berenti tepi jalan..Ini lah dia anak bulan 2 Rabiul Awal 1436H..keciiiikk sangat, habis zoom camera G12 aku, baru dapat gambar ni..samar-samar je kannn..
 Comes with awesome sun set..dari sini, terus kami pulang kerumah dan berehatt..


0 comments: