Sunday, October 27, 2013

~~Brunei~~Part III~~



Sambungan dari sini..

16 Sept 2012

Lebih kurang pukul 9 pagi, amoi tokey kereta tu pun sampai…lambat sikit dari waktu yang sepatutnya..sebab banyak info dia nak tp, kami tak leh nak reply..soalan pertama dari kitaorang..”boleh bawak kereta pergi MIRI tak??.”..malangnya jawapan amoi tu amat mengecewakan..sebab kereta yang >3 hari di sewa baru boleh bawak ke MIRI..adddoooiii..tak pe la..kita manfaat kan kat Brunei jek la..

Ini la dia kuda putih kami untuk 2 hari..best keta nie!..


Pemandangan Kampung Ayer dari atas kubu tue...baru perasan kat kampung ayer tu ada sekolah rupanya..

then kami terus ke MUARA..ingat kan nak skodeng dive shop kat sini..sebab menurut abang tour agent ari tu, kalau nak dive Cuma ada kat MUARA jek..On the way nak ke Muara, kami lalu pulak depan Malay Technology Muzium..hurm, cam tak de jek dalam peta..bunyi cam menarik, so kitaorang pun singgah jek la…muzium ni terbahagi kepada 4 section..ada pasal bedil jek (meriam), pasal kampong ayer jek..yang lain 2, tentang masyarakat dan adat resam rakyat Brunei..agak menarik jugak laa..









Eh...ada jugak keta savvy ku kat sini...bangga jugak sehhh..


Dari muzium tu, perjalanan di teruskan..tapi Nampak ada jetty yang cantik pulak..berenti laaggiii..haha..kan tema nya, chill-chill, out-out,sukahati aku laa…sempat jugak kami menyembang dengan pakcik-pakcik yang tengah memancing kat situ..pakcik tu kata, “kamu ni terlambat la, baru sebentar tadi ada buaya timbul di sini”..alaaa..buaya lagi kee??..tak pelaa..:p


Buddyku tengah bz amik gambo...

Akhirnya tiba pun kitaorg kat tempat yang di tuju…Bandar Muara ni kecik jek..cam KUKUP...abeh pusing, pun tak jumpa pun dive shop!..huhuhu..:(

 ini lah pantai pertama yang aku pernah sampai, boleh nampak platform minyak..haha..selalu nampak kapal kontena jek..jakun gilos..


sempat singgah lunch dulu kat medan selera pantai muara nie..harga makanan kat sini sangat murah..jangan diconvert ke MYR, sebab depa2 ni pun earn dalam $B..

dari muara kami singgah masuk town ke Masjid Sultanah Bolkiah..golden dome okeh!..ko hade??!!!!..haha..kat brunei jek..tu pun tak leh bawak masuk camera dalam masjid..huhu..
Seusai kami solat Jamak dan Qasar Zohor dan Asar kat masjid ni, kami pun meround laa kat masjid ni...sangat ramai pelancong kat kawasan masjid ni…masjid antara tempat yang mesti pergi bila sampai Brunei..maka ngan kuda putih, terus bertolak ke Seria…yeeeeehaaaaa!!!!...









Kitaorang sampai area Seria lebih kurang pukul 4.30 petang…benda pertama aku jakun, Nampak pump minyak atas darat!!..its everywhere!...giler laaaa!!!..




Terus ke Pusat Sains Shell Brunei…lebih kurang cam petrosains laa..but quite simple..kitaorang sampai masa tu lebih kurang pukul 4.30ptg..kebetulan ari tu ada Jamuan Hari Raya, so staff sume tengah sembang-sembang and ada catering staff tengah sibuk kemas-kemas kat kemah..tapi aku ngan pae selamba jek main masuk dalam pusat sains tu..baru jek 10 min kami kat dalam, tetiba lampu semua ditutup..laaa, dorang tak perasan pun kami berdua kat dalam..actually, dorang macam tak ready untuk menyambut kedatangan pelawat, so dorang cakap dah tutup..even kat entrance tulis tutup kul 5.30 ptg..:p




Dari situ, kitaorang ke monument 1 billion barrel..Monumen ni di buat sempena pengeluaran barel minyak yang ke 1juta…kejadian tu pada tahun….baca la sendiri kat plag tu..hehe..Takde apa pun yang menarik sangat kat sini..kecuali tepi laut yang kami dah puas melepak time kat muara tadi..tapi sebab takde hala tuju sangat, kita orang pun melepak jek melayan angin petang kat situ..










Dari situ, baru la nak memulakan operasi skodeng bilik hotel..padahal hari dah mula gelap..patah balik ke pekan SERIA, mak aii…satu mlm hagenya B$150..memang tak de punya nk amik bilik mahal cam tu…kalo ikutkan aku nak tido jek dalam keta, tapi driver Ferrari (boatman semalam) cakap kat Brunei ni tak boleh tido dalam kereta..boleh kena tangkap ngan polis..so bila aku observe, mmg takde orang berpeleseran pun kat area ni…walau area ni memang tepi pantai, tapi pas maghrib memang dah tak de orang..semua orang hilang…Cuma nampak ada kat kedai makan jek...hishh..macam mana ni??..kena cari bilik jugak laa jawab nya ni..huhu..

So, dari Seria kami ke Pekan Belait…Actually Belait adalah Daerah yang terletak bersebelahan dengan Miri..dah hampir ke sempadan Malaysia..tapi malangnya, sebab si kuda putih ni tak boleh cross boarder, so without choice terpaksa la menginap kat area sini jek..kitaorang pusing dari satu hotel ke next hotel..hotel yang paling murah pun dah harga B$108..aku rasa sangat tak berbaloi..last- last kitaorang parking kereta, and jalan kaki kat keliling town tu sebab tak nak miss any budget hotel (dengan penuh berharap ada budget hotel la) abeh celah kedai kami lalu..sampai dah nak patah kaki menapak, takde hotel yang murah pun..hostel lagi la tak ada.. badan dah berlengas, kaki dah lenguh, badan dah letih..terbayang kan shower and katil jek ni..

akhirnya kami sampai kat 1 hotel yang receptionist nya perempuan..hotel tu kebetulan dah full house, kalau tak full house aku tak mampu tido kat situ, harganya B$180 semalam..dah takde choice aku tanya kat receptionist tu, kot-kot dia tau ada hotel murah murah kat area ni..last-last dia cadangkan aku pergi ke Rumah Penginapan Kerajaan..dia kata tourist pun boleh tinggal kat situ..satu malam B$60 je…mata aku terus terbuntang..boleh try!...manatau kot kot ada rezeki..tu jek harapan yang aku ada…

Pusing punya pusing nak cari Rumah Penginapan tu pun satu masalah..abeh sume gerai tepi jalan aku tumpang Tanya mintak direction..lepas sesat dekat sejam, minyak kereta pun dah start merah, akhir nya jumpa pun..aku terus lompat turun kereta, while pae tunggu dalam kereta jek…nak Tanya dulu ada bilik kosong tak..dari kereta nak ke pintu masuk tu, aku tak berenti berenti berdoa…"tolong la hambaMu ini, Ya Allah…"

Mula- mula masuk jek, aku nampak pakcik yang dah agak berumur jaga kat kaunter reception tu..Terus aku kasi salam..
Aku : pakcik ada bilik kosong tak?
Pak cik : bilik ada kosong..ada 5 bilik..tapi esok pagi- pagi ada gerombolan dari singapura akan sampai..kalau kamu masuk, nanti tukang pembersih tak sempat bersihkan bilik, nanti mereka sudah sampai..
Aku dalam hati : (Alhamdulillah ada harapan nie..)..kalau saya nak menginap di sini malam ni, boleh masuk tak?
Pakcik : tak boleh..nanti esok pagi pembersih masuk kerja pukul 8 pagi, tak sempat bersihkan bilik..lagi pula kamu perlu hantar surat permohonan dulu kalau mau menginap di sini..
Lantas pak cik tu masuk office, amik contoh surat rasmi dari UKM, Malaysia..surat permohonan nak stay kat rumah penginapan ni,..
Pakcik : perlu sediakan surat sebegini..sambil tunjukkan surat tue..
Aku baca surat tu, owhh..group UKM ni nak stay sampai 6 hari, 15 bilik..
Aku : tapi pakcik, saya dengan kawan itu pagi2 esok selepas subuh kami keluar..jam 7.30pagi kami keluar sebab kami mau ke seria jam 8.30 pagi..saya nak tinggal satu bilik jek…saya dengan kawan dah cari hotel, tapi sangat mahal..kami ni siswa sahaja, tak mampu bayar bilik hotel mahal-mahal..(sambil buat muka penat,letak muka kat kaunter)
Pakcik: kamu dari mana ni?
Aku : dari Malaysia..
Pakcik : pakcik tau kamu dari Malaysia…kami tinggal di mana semalam.?
Aku : semalam tinggal di Bandar Seri Begawan..ari ni baru ke seria, kemudian ke sini..esok pagi-pagi kami checkout, then balik ke Bandar Begawan..flight balik ke Malaysia jam 3.50 petang..
Pakcik : kamu naik apa ini?
Aku : sewa kereta..memandu..
Pakcik : mana bisa…kamu perlu ambil 2 bilik..kawan kamu lelaki kan..
Aku dalam hati : (bila masa pulak aku cakap kawan aku lelaki ni?????)..kawan saya perempuan jugak pakcik..
Pakcik : masa mungkin kamu memandu dari Bandar sampai ke sini..mesti kawan kamu lelaki…
Aku : (adooi…2 jam jek kot drive dari Bandar Begawan sampai sini)..tapi pakcik bilik nya ada tak?..boleh kami menginap?..saya juga siswi dari Malaysia..
Pak cik : pakcik perlu tanya pegawai dulu..

Terus pakcik tu amik tepon, dial no…aku pun apa lagi..terus lari keluar ke kereta…panggil pae..
Kelang kabut pae park kereta then masuk dalam opis tu jugak..
Sebaik kami sampai kat kaunter tu , pakcik tu still dok bercakap dengan pegawai nya..
Pakcik cakap kat tepon : mereka siswi dari Malaysia..esok pagi-pagi mereka check out..petang nya sudah pulang Malaysia..(sambil dia toleh tengok aku menekan kan beberapa kali perkataan siswi..)
Aku hanya mampu mengangguk, mengiakan percakapan nya..

Sebaik letak telepon, pak cik bagi kami form, “boleh check in” katanya..…Pheww..Alhamdulillah..
Selesai Mandi, solat..kami bersiap nak keluar pergi makan, sempat kami singgah kat kaunter menegur pakcik tue…”jangan pulang lewat yaa, jam 12 tengah malam, pagarnya di tutup”..haha…cam kat hostel Uni pulak…”baik pakcik, kami keluar makan jek..”



Selepas perut kekenyangan, kami tidur di tilam empuk dan bilik ber-ekon dengan penuh selesa..Alhamdulillah..:)

Bersambung..

Monday, October 21, 2013

~Save Our Ocean Trip~ Pulau Perhentian~

Diving trip aku kali ni bertemanakan underwater clean up..haaa...bunyi macam best kan, tapi sebenarnya ianya adalah activiti mengutip sampah kat dalam air..kalau kita tak tolong kutip, sapa lagi mau tolong derrr....Trip nie under kelolaan Braveheart Adventura, yang di ketuai oleh Reha Dolphin..Disamping kutip sampah under water, ada jugak activiti mengutip sampah di kawasan persisiran pantai bersama-sama dengan kanak-kanak perkampungan kat situ..Cukup la dengan mukadimah sedikit sebanyak nie..jom kita bercerita!

Day 1, Jumaat (4th Oct 2013)
Jam 9am kami tiba kat Jetty Kuala Besut..4 orang kawan kitaorg dah tiba kat situ awal pagi lagi..selepas parking keta, makan nasi dagang kat warung kat situ (seriously sangat la sedappp!!)..,kul 10.30am kitaorg dah dalam perut bot..trip kali ni terdiri daripada 5 org diver dan 2 org non-diver...


Hello Perhentian!!!!  

Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30-45 min..sampai-sampai terus kami check in Fauna Chalet dan berehat sebentar..Lunch disediakan, memang termasuk dalam package kami..Lepas lunch and solat...kami pun stand by untuk dive...gear up guys!..

Dive spot kami kali ini ialah TERUMBU TIGA..

Double click for image enlargement

Double check semua gear..make sure it works well..safety first..:)





Sebab kali ni aku punya mahaguru underwater camera tak ikut sama, aku boleh terlupa pulak cemana nak setting kan white balance kat camera..huhu..gambar semua tak jadi..:(






Lepas pulang dari dive tu, kitaorang berkumpul dengan budak-budak penduduk kampung situ untuk activiti mengutip sampah kat tempat berdekatan..

 
 Crystal clear!!...

 Gigih budak-budak nie mengutip sampah...bagus..bagus...

 Floating on salt water and enjoying blue sky...awesome!...

Lepas sesi mengutip sampah, jom mandi!!!..
seyes sangat laa...budak2 ni berenang cam dolphin...terjun kat sini, tetiba muncul kat sinun!..
video
Apabila pakcik pun dah naik sheh!..

Malam tu kami melepak kat cafe situ jek..tenang..menghayati bunyi ombak..

Day 2, Saturday (5th October 2013)

Lepas breakfast, kami melepak kat cafe..sebab misi dive pagi ini untuk mengutip sampah underwater..so sementara tunggu diver lain balik, kita lepak dulu..hehe..


 Diver-diver lain ke wreck dive...yang kami pulak, termenung tunggu depa balik..

Misi cleanup kali ni terdiri dari seorang jejaka dan 4 orang ladies diver yang gagah perkasa...yeah!!..

 Sessi mengutip sampah underwater di Teluk KK dive spot..



Lepas rehat sebentar, kitaorang standby untuk pur 3rd dive..SHARK POINT dive spot..

 Divers...ready??...
 Lipan underwater






 Hi En Nemo....how are you??


 kat dive spot ni pun kami masih lagi bawak mesh beg bersama..senang kutip sampah kalau terjumpa...
Agak malang, kami jumpa lebih banyak sampah di dive spot ni berbanding di Teluk KK..:(
Aku dah cam main sukaneka underwater pulak..tukang bukak beg jek..
This pic, aku menyambut tin yang diver kat atas jumpa..haha..apa yang penting, kerjasamaaaaa...

Coral dia masih lagi banyak spesis and healthy kat sini..harap-harap underwater life ni masih kekal terpelihara..

Malam tu, kami melepak merehat-rehat kan diri..sempat jugak kitaorang meround sampai ke hujung teluk...banyak lagi pilihan resort yang lain..antaranya, Flora Resort, Alu-Alu Resort dan beberapa lagi yang lain (terlupa pulak aku nama resort yang lain tue).

Ini senarai harga makanan kat Fauna Resort..bagi aku tak berapa mahal kalau nak dibandingkan dengan Pulau Tioman..

Day 3, Sunday (6th October 2013)
Pagi tu meround-round sekeliling kampung..mengemas barang untuk meninggalkan pulau..Jam 12 kami check out dari resort dan bertolak ke Kuala Besut..


 Good Morning Perhentian!!..
(Pictures : Courtesy of Amir Azmi)
Bye Perhentian!!...
Hope boleh berjumpa lagi..InsyaAllah..