Saturday, April 27, 2013

~project buat biskut~

Last week time aku g main badminton, ada sorg brother ni bawak anak pompuan dia..comei jek budak nya, bawak buku komik boboi boy kehulu-hilir...bila dah sejam lebih dalam dewan tu bosan la bdk tu, aku pun ajak menyembang..dia hulur buku komik tu kat aku..dalam pada belek2 tue ternampak pulak resepi biskut chocolate chip..menarik ni..aku pun amik camera, snap!..nnt ada masa try la buat...

So ini la hasil nya...tadaaaaa...memandangkan aku malas nak taip resepi tu, korg dabel click la kat gambor tu, nnt di enlarge kan.hehe..

p/s: kat resepi suh pakai kertas minyak..tp sebab xde kertas minyak aku tibai jek pakai kertas A4 biasa..ada sikit masalah..bila dah sejuk, susah sikit nak tarik kan biskut tu dr kertas, dia melekat..menyebabkan permukaan bawah biskut kurang encem..hehe..

Sunday, April 14, 2013

~~Kena lempang lembut di depan Kaabah~~

tengah dok belek-belek gambar umrah tetiba teringat pulak kejadian yang berlaku masa kat sana...

Aku ngan mama memang suka solat kat tingkat 2 masjidil haram ni..sebab boleh nampak kaabah direct dari tingkat atas..lagi pun tak terlalu sesak dengan jemaah lelaki/perempuan...kalau nasib baik boleh selit lepak kat balkoni boleh nampak keseluruhan kawasan kaabah tue..

Ada sekali lepas solat Asar, aku nampak macam tak ramai sangat orang kat depan balkoni tue..kebetulan, mama pun ajak jengok tengok kaabah..tengah dok selit nak tgk kaabah, tetiba kami dapat 2 kerusi duduk kat balkoni tue..Alhamdulillah sangat..tempat idaman semua jemaah nie..

Mama duduk sebelah kanan aku..di hujung kaki aku ada sorang perempuan duduk dalam kesempitan (maksud aku..tempat tu memang sempit, so dia merengkotkan kaki dia kat ruang kecik jek) kat tepi hujung kaki aku, dok termenung tengok kaabah..aku rasa dalam lingkungan umur lewat 20an.. dan ada makcik muka turki duduk sebelah kiri aku..dari tempat duduk aku nampak kaabah sangat clear..termenung dok tengok kaabah, sambil kepala pikir macam2..but seriously ada perasaan yang sangat tenang bila nampak kaabah..tenang yang tak pernah rasa sebelum nie..

dok aku leka tengok kaabah tue, ttba makcik belah kiri aku bangun..aku pun terus cuit bahu perempuan yang dok tersepit kat hujung kerusi aku tu, sambil signal kat kerusi kosong belah kiri aku..dengan tersenyum, lantas dia duduk..

Perbualan kami bermula dengan benda common yang semua org tanya (sembang in english, this lady dari libya..walaupun english nya, lebih kurang tahap aku jek laa...kalau tak paham, guna signal tangan jek..haha.boleh la nak sembang.) ..dari mana, bila sampai, dah berapa hari kat sini...

Lepas puas sembang, dia keluarkan Al-Quran, lantas mula membaca...aku pulak letak al-Quran yang dari tadi aku pegang ke atas riba, keluarkan camera dari beg..shoot pemandangan dari atas tue..apa yg aku rasa menarik..dah puas aku main camera aku termenung sambil dengar jiran kiri aku ni mengaji..walaupun takde la berlagu macam qariah..tapi sedap..lancar..betul tajwidnya...senang halwa telinga aku dengar..

tengah aku leka layan..syok dengar dia baca..tetiba dia berenti..aku request dia sambung lagi..dia layankan..sambung lagi baca 1-2 muka surat...tetiba dia tanya soklan..
"how many times you finished read Al-Quran in a month?"..haaa..terus aku toleh tengok dia..bila dia nampak muka terkejut aku, dia tanya "or may be u can complete read in a week?"..terdiam..tertelan air liur aku yang ttba rasa kelat..muka rasa panas tetiba..malunyaaa...

aku toleh belah kanan, tengok mama yang tengah leka mengaji..dia terberenti bila dia perasan aku tengah tengok, lantas dia angkat kepala tengok muka aku..aku terus cakap.."ma, dia tanya berapa kali abes katam Al-Quran dalam sebulan?.."..mama aku senyum..pas tu mak aku cakap.."dia kira sebulan berapa kali , awak pulak kira seumur hidup abeh berapa kali?..."..aku sengeh cam kera sumbang kat mama...bertambah malunya nya tak usah cerita laa...

aku terus pandang kaabah..tersenyum...lantas berkata dalam hati...
"Ya Allah, lembutnya Dikau "lempang" aku hari ni..."




Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hadis sahih)


Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”








Monday, April 1, 2013

~~Aku Berdosa~~

selalu dengar lagu ni kat radio..semalam tertengok music video ni kat Astro..tersentuh sangat tengok Shahir was crying while singing this song..

terus mencari kat youtube..tp yg ada full version akustik..edit sikit2..i just wanna share this one.

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/07/shahir-aku-yang-berdosa-lirik-video-muzik.html#ixzz2P88U6JbK


video