Thursday, February 16, 2012

~JB-KL-Korea~Day 2~Part 3~

Dari busan station, kitaorg blurr-blurr nak g mana..skali kuar jek dari station tu ternampak pulak busan tour city..yang ni kitaorang memang ada buat research..since kitaorg smpai lg awal dr yg sepatutnya, maka kitaorang pun singgah la kejap kat tour center tu..nak tengok2 apa yang patut..kalau ikutkan plan asal, nak join night tour, tp drive tu kata dah fully booked, kena call for reservation..ala, kecewanya..so amik dulu pamplet nya, bincang nanti la dulu..yang penting, nak g cari hostel letak beg berat ni dulu..


lepas tu kitaorang tunjuk la map hostel kami tu kat driver bus tour tu, dia tak berapa pasti, tp sepatutnya dekat belakang busan station ni jek..

Lepas tu dalam kami dok jalan blur-blurr tu, ajushi driver taxi pulak datang  tanya kami nak ke mana..kitaorang tunjuk lagi map hostel tu ke driver taxi tu, dia kata dekat2 ni jek..atas bukit tu haa..so ngan gigihnya, kitaorang melintas jalan ngan beg 15kg sorang..jalan sampai ke atas bukit, pas tu sampai ke atas bukit, tanya pekerja kedai, dia kata bawah bukit dekat blakang busan station..maka turun bukit semula ke busan station, sampai la terjumpa ajushi yangh agak fasih jugak la englishnya..bagi direction sebelah ngan busan station, yang ni boleh agak di percayai gak la sebab dia belek betul2 map kami tu..dia kata sebelah jek dengan busan station ni..so, kami pun guna laluan bawah tanah, tembus ke seberang sana..


pas tu, kami pusing2 lagi sampai la last2 jumpa ajushi yang tak reti bahasa english tp bila kami tunjuk jek map tu, dia terus bukak gps kat enpon dia.perh giler gigih ajushi ni carikan kami jalan..yang ni baru betul...dia tunjukkan gps kat henpon dia, dia cakap '2 blok'..pas tu tangan di hayun ke kiri..ngan penuh bergaya tangan dia hayun..ok2!!..'Kamsahamidaaaa"...kami pun tunduk ramai2 kat dia..haha..dah sejam cari baru la jumpa hostel nya..

PusanInn..harga semalam 16,000KRW sorang..kalo yang amik sebilik sorg kena 32,000KRW la..hostel ni kitaorang pilih ikut recommendation kat TripAdvisor..lerrr, bila dah sampai kat depan pusan inn ni, rupanya straight jek dari busan station, dalam 200 meter jek jaraknya..gigih menapak naik bukit, turun bukit rupanya sebelah ni jek..yang best bilik ni ada pc siap ngan tenet yang tahap laju giler..


Kitaorang tak sure pulak ada extra charge tak kalau guna tenet ni, so kami gunakan dengan sangat minimum la..takat inform family yang kitaorg dah selamat sampai..and update yang penting2 jek..

Lepas melantak roti penyek cicah curry dlm tin kat bilik, solat..kami singgah kat reception, mintak dia tolong checkkan tiket ferry ke jeju untuk esok..bila org kaunter tu call, xde sapa pulak angkat..mungkin sebab hari ahad..office tutup..tapi dia kata boleh jek walk in..so kami pun senang hati..sangat berharap dapat pegi jeju naik ferry esok..

our lunch...wanna some??

aku buat byk research pasal ferry ke jeju..perjalanan hampir 12 jam..naik kul 7pm dari busan dan akan sampai jeju pukul 7 am..harga kalau tgk LP, 32,000 - 170,000KRW...so sgt besar rangenya kan..byk source aku baca tak rekemen naik 3rd class, sbb sgt tak selesa tuk perjalanan dalam ferry sejauh tu..so, bila dengar orang kaunter hostel cakap macam tu, maka aku sangat la lega..Insyallah ada harapan aku dapat naik ferry..kami pun kuar dari hostel tu tuk jalan2 ngan senang hati..

So, kami pun ke busan station, nak join tour city dia..ada byk route type yang boleh dipilih..sekali route harganya 10,000KRW tapi kalau ada KTX tiket boleh dapat diskaun 20%.tp untuk city tour ada 2 route, boleh amik 2 route for 8000KRW..setiap jam..boleh baca detail kat sini..

Ini ler tiket nya..dpt diskaun sbb ada tiket KTX..maka harganya cuma 8,000KRW..

best nya bas ni..kalau musim winter bas 2 tingkat ni berbumbung sebab sejuk..tp kalau musim lain, bumbung terbukak..So kami amik city tour jek dulu...sebab yang lain dah tak sempat..tour yang kami amik ni pun sama jek laluan tuk night tour..kul 3pm bas bertolak..

Excited faces..hehe...

Laluan pertama ni kami guna laluan Taejongdae Tour, sebenarnya kalau korang dah naik bas ni, then nak turun kat mana-mana bus stop pun buleh..then naik jek la next bus..tp disebabkan kami ni naik pun dh bas ke 3 terakhir maka tak buleh la turun sesukati..naik jek dulu round2..pilih spot2 yang best jek dulu..riki-riki dulu la kan..sebab kami nak kejar second route city tour bas ni..rugi la dah bayar tuk 2 route..

 Selesai 1st route dia akan kembali ke busan station semula..dari sini kami bertolak ke 2nd route..best woo..memandangkan mamat dlm KTX tadi segeskan kami ke kawasan pantai nama Haeundae Beach, maka sampai jek kat bus stop tu, kami turun..

wahhh cantiknya!!..ngam2 time tu nak sunset..tp malangnya matahari tak turun kat depan pantai ni..tapi tak pe..banyak burung2 jinak2 kat sini..siap ada persembahan tradisional kat tepi pantai..kitaorang sempat masuk aquaria kat busan ni..per entry 19,000KRW..tapi sebab kami amik package ngan 3D skali, maka total up 22,000KRW..
aku dok gigh nak amik gambar bila burung terbang atas kepala konon..hurrm..last2 dpt ekor jek laa...dpt sayap jek laa..sib baik tak dpt "sebenior free" burung tu bagi..:p

Tak tau la tarian tradisional apa yang dorang tengah buat ramai2 dalam kesejukkan ni..

Tiket tayangan 3D..kungfu panda..tengok waktu tayangan dia...hehe..19:27..tepat2 time tu..ada bunyi alarm..

Night view of Haeundae Beach..

ternampak building ni siap ada kereta mini minor kat top..cool giler..kiranya boleh park mana2 la tu..
thumbs up laa...

Puas meround kat dalam tu, kitaorang balik ke busan station naik train..sempat singgah kejap kejap kat China town..dekat jek dengan hostel kami….Pae beli sehelai sweater ngan harga 29,000KRW..tak boleh tawar pulak tu..siap ada signboard “one price only”..hehe..

perut dah berbunyi..nak makan apa malam ni?..so kami singgah la 24hrs mart kat tepi busan station..nampak ada nasi instant..pas tu nak makan ngan lauk apa?..tanya2 kat orang kaunter, vegetarian food tp dia tak paham..so aku cuma tanya NO GOGI??..*tp bila pronounce akan jadi macam no KOGI*..tp dia macam blurr2 pulak..tengah dok sesi ayam ngan itik bercakap tu, ada sorang ajushi dok toleh-toleh tengok aku..so aku pun tanya, 'excuse me sir, can u help me?'..pas tu dia pun cakap 'yes'..owh..maka aku pun senyum dengan penuh harapan..

Harapan moga ada la makanan sedap sikit malam ni..haha...alang2 ajushi tu boleh cakap english..abeh makanan dalam mart tu yang xde gambar daging kat packaging aku suh dia translate kan..last2 mlm tu aku pilih nak makan nasi octopus..hehe..sounds nice kan..harga 3,300KRW..masuk microwave 3 min stgh..senyum panjang aku sementara tunggu 3min stgh..hehe..abeh jek bunyi teett..teett..teett..terus aku kuarkan, masukkan dalam plastic, pastu ajak dorang yg lain lari balik hostel..sbb tak nak bg makanan sejuk..haha..dah mcm budak2 dpt gula2..

 top : Night view of busan station
bottom left : me and pae kesejukkan..
bottom right : menanti ngan tak sabar makanan masak dlm microwave family mart tu..

Malam tu, makan something new and dapat pergi jejalan kat pantai yang best..siap bwk balik pasir..

Lepas solat, sempat tulis a few postcards..then, terus tido..zzzzz..nak mimpi naik ferry ke jeju island..:)


0 comments: