Friday, February 24, 2012

~JB-KL-Korea~Day 6~

sambungan dari sini....


Pagi tu lepas makan bekpas..kitaorang terus check out..nak terus ke atas ari ni..mesti korang pening kan..kat mana la kami ni..kejap-kejap angkut beg..dah la berat..hehe..jap2 aku tepek map jeju kat sini..

Day 1 kat jeju ni, kami guna laluan kaler hitam...then kami stay kat seowipo, kat area selatan..
Day 2, konon nak hiking Hallasan, to disebabkan cuaca tak elok so semalam kami berjalan2 kat area Seowipo jek...
ari ni 3rd day, kami check out dari Jeju Hiking Inn kat area Seowipo ni nak ke Utara pulak, Aimnya nak ke Jeju International Airport..Line biru tu laluan tuk ari ni...

Dengan memikul beg berat tu, kitaorang daki bukit ke tourist information center..sampai-sampai jek kat kedai tu..TUTUP!!..yer, setelah naik bukit pikul beg berat-berat tu, rupanya information center tu tutup..may be sebab awal sangat lagi..so, ada la ajushi yang berselisih dengan kami time tu, so, kami pun tumpang la tanya..

Tak sure la ajushi tu paham ke tak apa yang kami tanya, tetiba dia tahan taxi..aik apa kes ni...pas tu tetiba suasana jadi kecoh bila ajushi tu beleh bertekak pulak dengan driver taxi tu...dalam dok kami terblurr-blurr tu, tetiba driver taxi tu suruh kami naik..lerr..nak naik ke???..disebab kan tak nak mengeruhkan keadaan, kami pun naik ngan muka blurr-blurr...

Dalam taxi tu, kami bertanya la apa kenapa kecoh-kecoh...tapi bila dirver taxi tu terangkan, lansung aku tak dapat tangkap apa yang dia nak bagitau..sesambil drive tu, berusaha dia nak terangkan kat kitaorang..tau-tau jek sampai semula kat world cup stadium..aikk, ni stadium yang kami sampai semalam..ler kat bawah ni ada stesen bas ngan taxi yang sangat besar..padahal, semalam bukan main seksa nak tahan taxi sampai kena berjalan dalam ribut salji....poyo!..~~

Disebabkan awal pagi, information center kat stesen bas tu x bukak lagik. Driver cab yang kami naik punye le risau kami sesat, sampai bising-bising dia mintak tolong orang lain tolong kami. MasyaAllah.. tak pe la ajushi.. kami okey... jangan risau... Tak sampai 10 minit lepas tu information center pun bukak. kami pun bertanya la apa2 yang patut dan trus naik bas ke destinasi seterusnye. Oleh kerana kami ni bawak beg yang agak berat dan orang asing...Bile sampai jer kat tampat yang kami nak pergi tu, driver bas akan pastikan kami turun...siap tunggu lama kasi kami masa..ye la kan setiap orang dari kami ni pikul anak depan belakang..

Turun2 jek bas, mak aii sejuk nya..cari locker nak tumpang letak barang kat area tu..tapi tak ada pulak..tourist informationm center pun belum bukak..so, kitaorang pusing-pusing kat area tu sampai la pae pegi turun tangga pergi ke satu-satunya kedai yang bukak..tatau dia cakap apa, tetiba dia jerit dari kedai tu.."Meh turun sini, leh tumpang letak beg"..

So aku ngan member sorang lagi pun bergigihan turun tangga..tumpang letak beg kat kedai tu..siap kami di beri beberapa pack kecik coklat..huhu..rezeki di pagi hari nampaknya..alhamdulillah...owner kedai ni pandai cakap english lagi pun dia sangat friendly...dari kedai tu, rupanya dah boleh nampak boat besar ala-ala pirate of caribbean..so, kitaorang pun berjalan la kat area tu..cantik..ala-ala kampung..ada banyak kuda kat sini..

Tu la dia gunung sambangsan...tapi kami tak naik pun..nampak macam banyak temple jek..so kami lebih interested nak ke kapal depan ni jek.. 


Lepas puas meround kat area kapal tu, kami pun nak la ke tepi laut tu..untuk ke tepi pantai tu perlu lah melalui post guard...salah sorang dari kami nak lalu, tetiba ada orang dalam post guard tu bukak tingkap and tak bagi dia lalu..then tetiba pae pulak pegi sana..aku pun mengekor jek kat belakang pae..pas tu bila orang tu bukak tingkap, kami cakap nak ke tepi pantai..sorang buat sign lambai tangan macam tak bagi kami pegi, tapi ada sorang lagi dalam tu bagi kami pegi..rupanya kat dalam post guard tu ada ramai jek staff..so, dah alang-alang sorang bagi kami lalu, tanpa buang masa kitaorg pun jalan jek la tepi pantai tu..

Rupanya pembentukan batu kat tepi pantai tu unik..ianya disebabkan laluan lava dari gunung berapi Hallasan..




Aku ni konon nya nak amik gambar tapak kaki kat pasir pantai tu..kan pantai kalo dekat ngan gunung berapi ni unik sikit..sebab pasirnya ada kaler hitam.kalo orang lain pijak elok-elok then amik la gambar kan...tapi di sebabkan kesengalan aku, ngan spontan nya aku pegi lompat kat tepi pantai tu..pas tu terus terbenam kaki aku..dah la pulak tu, air laut pun datang..okeeh, sila imagine time tu temp dalam <5degree...menjerit la aku suruh si pae tarik kan.rupanya dia sebuk gelak kan aku...dok pada tak leh nak keluar tu, last-last di tariknya tangan aku..sib baik laa..sejuk terus kaki aku!!....poyooo tul la aku ni!!~~~

Bekas kaki aku terbenam!!...:p


Aku pun tak pasti ni statue sapa..tapi dah alang-alang ada kerusi kat situ, aku pun menginterframe la kan..

Dah puas meround kat situ, kami pun singgah semula kat kedai tempat kami tumpang letak beg..dah alang-alang kedai tu ada jual coklat, kami pun beli la sikit..sebagai balas jasa tokey kedai tu..Dah alang-alang jumpa local people yang boleh speaking ni, kami pun tanya la tempat yang dia seges kan kami pegi..dia cadangkan HALIM PARK...okeh..next destination kami la tu..

Naik semula ke atas bukit and tunggu bas...

Kedai yang kat belah kanan tu la yang tokey nya baik amat..

naik bas dalam lebih kurang setengah jam, kami pun sampai ke bas stand nama Halim Park..kebetulan bus stop tu terletak berhampiran dengan kedai Family Mart..kami pun masuk nak beli handyplast..sebab tangan pae dah terkopek-kopek..aku pun beli losyen tuk winter kat situ..dalam keadaan yang kami memikul beg, kami pun tumpang tanya ahjuma kat mana boleh letak beg..tetiba dia tanya nk letak berapa lama, so kami pun bagitau dalam lebih kurang 2 jam..tetiba ahjuma tu bawah ke kedai sebelah..rupanya kat kedai sebelah tu bersambung dengan rumah dia..dia benarkan kami letak beg kat situ..2 hour..dia ulang..kamsahamidaaa...alhamdulillah..dipermudahkan kami ari ni..

Lepas letak 2 orang baby tu, kami pun lintas jalan ke tepi pantai yang terletak betul-betul depan kedai ajuma yang baik hati tu...

Pantai ni cantik sangat..tapi disebabkan sejuk yang amat, maka kitaorang kejap jek kat situ...kalau korang datang musim summer, mesti kawasan ni sangat meriah..

Lepas puas meround, kami pun cari mana la HALIM park ni...tengok signboard..maka jumpa pun halim park..takde la jauh sangat dari kedai ahjuma tadi..

Bila kami sampai kat depan kaunter Halim Park tu, kami tanya la orang kaunter kalau-kalau ada locker kat area tu..rupanya ada jek locker kat dalam..so memandangkan kami tak nak menyusahkan ahjuma tu, kami pun patah balik ke kedai nya and amik backpack kami..then baru beli tiket..and masuk ke Halim Park..

Ini la dia rumah ahjuma baik hati tu..

Entrance fee 9,000KRW

Kat dalam Halim park ni ada macam-macam..ada gua..ada taman burung ada old folk village..tapi bagi aku, kalao datang sini time yang sesuai, may be lagi cantik..sebab ada banyak spesis pokok and binatang-binatang comei kat sini yang takde time kami datang..




Lepas keluar dari Halim park..kami terus ke Jeju International Airport..waktu baru pukul 7pm..tapi cuaca sangat sejuk..salji baru turun..kami plan nak tido jek kat dalam airport tu..memandangkan masih banyak masa, aku pun gigih ajak dorang keluar jejalan kat area town Jeju ni...tapi semua tak nak memandangkan cuaca kat luar sejuk sangat..so, aku decided keluar sorang...just naik bas kat main terminal then round kat town..aku turun bas kat Jeju Bas Terminal, then aku jalan kaki sorang-sorang sampai la ke City Hall..saja jek tengok pemandangan malam kat town Jeju..bila time dah hampir pukul 9.00 pm..aku naik bas dari City Hall balik ke epot..sempat la belikan sedikit roti and instant noodle bawak balik ke epot tuk kawan2..

sib baik awal2 dah usha, kat sini banyak RO water dispenser..so, boleh la dapat air panas dan kami mencekek maggi kat tepi kedai2 yang dah tutup tu..pas kekenyangan kami pun amik la port masing-masing kat kerusi menunggu tu tuk tido..sekali pak guard datang bagitau yang kawasan tu di larang tido..ALAMAK!!!..tak pernah lagi aku kena halau epot ni...

So, kami cari public phone, nak telephone hostel2 yang dekat2 dengan epot ni...time ni buku LP tu besar jasanya..tapi dorang tak leh cakap english pulak..untuk memudahkan kerja, kami pergi ke information kaunter and mintak staff kat situ call kan..

Akhirnya, kami terpaksa ke hostel kami dulu..GLOBAL HOSTEL..sebab yang lain dah full..

Malam tu, sampai jek bilik, lepas solat terus kami zzzzzzz kepenatan..


2 comments:

Razila said... Best Blogger Tips

Owh...lama sungguh nk tamat journey ni??gigih salin bahasa yg pelik2. hehehehe mana tau ada rezeki sampai sana leh guna pakai koi sikit2 :)

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@Love Razila

Hehe..sorry la story slow sikit...

aah, kat sana sila la cari map yang ada perkataan english and korea..pas tu selalunya driver ajushi tu dah agak berumur, so sila salin perkataan korea tu besar2 kat buku note..sbb dah last day kat jeju ada tourist information center bagi map 2 bahasa tu..tp tulisan korea nya kecik, pas tu ajushi driver tu tak nampak..:p

so, bila sampai tourist information center, mintak la awek2 korea tu tuliskan dalam bahasa korea nama tempat yang korang nak pegi..