Friday, January 28, 2011

~~Bekok Trip~~

haha..lama dh kejadian al kisah pasal trip ni..tapi tak sempat lagi nk mengupdate dlm blog...hehe..besa la bz memanjang...(yeeee keeeee?????...:p)


hurm, kejadian p Bekok air terjun ni berlaku pada 22 Jan 2011..time ni penat balik dari USS pun abis lagi...tp sebab dah janji ngan coursemate aku..maka aku gagah kan diri aku ni pagi jugak ler..errkkk gagah keeee???..plus, aku tak penah join trip dorg ni..mana ler tau adik2 master ni entah2 skema giler..p trip air terjun pun bawak buku tebal..wahaha...


ahli jemaah menteri trip bekok..
M,Noor,Mimi,Aku, Kien,Ikbar,Syak,Aqwa,Rashdan,Mimi and Gee


actually aku tak penah pun dengar nama air terjun bekok ni..kat mana tempatnya pun tak tau..setau aku air terjun kota tinggi jek yg glamor kat johor ni..so, plus kan lagi 1 factor utama..tempat nk p ni, aku tak penah p..so nk explore tempat baru ler..:)


sesampai jek aku kat tempat yg dorg tetapkan, seperti besa la..aku ni sure lambat sikit..hehe..sib baik tak kena tinggal and aku pun bukan ler org yg last sampai...actually org yg last sampai dia drive dr pasir gudang..aku lak cuma sekentut jek dh sampai..wahaha..tak kisah ler yg penting sempat sampai gak kan..even dlm hati dh cuak kalo kena tinggal...;p


arakian berkumpul  kitaorg kat situ..dh kira cukup org..arrangekan barang dlm bonet keta..lantas berkedek2 ler kami bertolak dr UTM ke umah cik mimi...amik cik mimi and makanan (penting ni)..terus kami sambung perjalanan ke Segamat...


sesampai kami kat air terjun tu, tak penuh pun tempat parking nya...pas tu takde pun sesapa tahan kat pintu gerbang minta duit parking..takde charge for entry...kesimpulan nya FOC ok..and benda yg aku paling notice..tempat tu bersih...mmg boleh di puji ler ngan tahap kebersihan tempat tue..


ok...sesambil melangkah sesambil tgk kiri kanan...maklum ler jakun sampai tempat baru...sesambil angkut beg and makanan..


kami pun berjalan membontoti si Syak..Syak ni ler tour guide kami..sbb dia yg seges tempat ni..dia dh penah datang, so nk tunjukkan la tempat port paling best kat sini..katanya siap ada gelongsor best..maka kami pun dengan jinak nya berjalan ikut dia meredah hutan belantara sambil angkut bahan2 makanan, air, arang and raw BBQ..


semengah2 tak cukup napas, kami sampai kat tempat nya..hurm..best and strategik..sbb tak ramai org, ada space cun-cun boleh pacak kemah, dekat ngan air terjun and bersih..


semua org ngan pantas bekerjasama mcm group pandu puteri ngan pengangkap masuk hutan...haha..sume mcm dh tau apa kena buat..ngan pantas terus wat tugas masing2..terus pasang api tuk BBQ, potong buah, buat air..mmg pantas and lincah..mcm dh plan awal2..aku yg dh tak tau nk wat apa, maka menjadi camerawoman yg bz...haha..takde DSLR pun camera compact pun jadi ler..


AJK bakar ayam..


AJK buat air..

AJK potong buah..

mandi pun best airnya sejuk sampai tulang sum-sum..lagi sekali nk bagi tau BERSIH,BERSIH,BERSIH...explore sana sini...perh mmg best melepas gian kat air terjun..dok bermassage kat tempat air turun ler konon..(tp bila balik umah sakit badan..wahaha.. ;p)...siap sempat scrub badan guna pasir sungai...wahaha ala2 ber spa ler konon...ngeh3..







dh puas mandi...kami naik atas..melantak makan..tolong cover bergilir bakar ayam sesambil makan ayam..pas tu terjun lagi..puas mandi, melantak lagi..cam tu ler kami sampai kami penatttt..hehehe..alaa bukan nya selalu kan...







main gelongsor tu mmg terbaek..best giler..wahahah..tang sakit bontot boleh di abaikan..wahahaha..


video




video
ketapi putus...:D

ok lah..sekian saja laporan rasmi saya pasal trip bekok ni..


comment aku pasal tempat ni : best, bersih, tak ramai org, senang parking..and paling penting FOC!!..


comment aku pasal tripmate ni pulak : best, dorg tak skema bawak buku p trip ni, gelak sakan, suka amik gambar, well prepared, successes. 


lain kali leh join dorg ni p trip lagi..tu pun kalo dorg sudi ajak aku laa..haha
dorg ni senang jek nk boikot tak bagi aku ikut, dorg p time weekdays, cnfm la aku tak leh nk join kan...tp memandangkan dorg baik and aku pun best *sila muntah hijo!!*..sure sorg tak sampai ati tak bagi aku ikut punya..wahahaha...


p/s: syak, sila jinak lebih pas nie..wahaha..




saya yg sakit badan bahana air terjun,





~~Coral migrating north to beat heat wave~~

Some Pacific corals have done the equivalent of moving from sunny Atlanta to Detroit, possibly in response to rising ocean temperatures.





A new study of reefs around Japan reveals that a handful of coral species have migrated from the balmy subtropics to temperate climate zones over the last 80 years. The study is the first to track coral reefs for such a long time and over several latitude lines, a Japanese team reports in an upcoming Geophysical Research Letters.





The team, led by geographer Hiroya Yamano of the National Institute for Environmental Studies in Tsukuba, Japan, analyzed maps of corals from four time periods starting in the 1930s. They found that of nine common coral species, four had expanded northward, and two went as far as temperate waters. The study confirms what marine biologists and fishermen have speculated for years. “There were eyewitness accounts of the occurrence, but the data wasn’t so reliable,” says Yamano. “Now we can show very solid evidence.”

Now it appears that some coral species will migrate — and fast — in response to warming waters. Some species Yamano examined migrated as fast as 8.7 miles per year. Yamano calculated that a sample of land-traveling animals migrate only 0.4 miles per year on average. In 80 years, the fastest corals would travel nearly 700 miles. It would be like land plants making the Atlanta-to-Detroit trek between the Great Depression and today.

Coral reefs are important biologically because they house a diverse group of animals — about one in four marine species call a coral reef home. Reefs are made of animals called polyps with a hard skeleton made of calcium carbonate. Each year, the corals around Japan hatch larvae, which can get swept up by warm Pacific currents from the south called Kuroshio and Tsushima currents. But most larvae normally don’t settle far from home.





Taken with other studies that report animals moving north as temperature rises, it’s a good hypothesis that the corals in this study are moving to fight the heat, says John Pandolfi, a marine biologist at the University of Queensland in Brisbane, Australia. Researchers will next need to study these species in the lab to test whether temperature is truly the culprit.

But adjusting the marine thermostat isn’t the only way to kill a coral. Too much acidity from high concentrations of carbon dioxide can also weaken coral reefs. So it’s peculiar that the Japanese corals moved north, says Pandolfi, because their new homes are likely more saturated with carbon dioxide. It appears corals are able and willing to make that trade-off, he says.

Studies like this one will be crucial for creating a global database of how marine life is reacting to climate change, says Pandolfi. He and his colleagues are collating studies for such a data repository right now. Species all react differently to changes in temperature, and it’s difficult to figure out from the published literature which ones stay put.

“The good thing about this study, they didn’t just tell us what moved, but what didn’t move,” says Pandolfi. He says one pitfall in drawing data from a pool of research papers is that it’s harder to publish a study that shows no change in species movement, so data on those species are often not available.







Source : http://malaysianunderwater.com/
Pictures cilok dari : hasina terebus


tak sangka pulak coral pun ada migrate..ingat kan binatang jek ada migration...subhanaAllah..




ari ni belajar benda baru,



Friday, January 21, 2011

~~Advance Open Water~~

dah tak sabar mau upgrade lesen Open Water aku ni....


kenapa aku nk upgrade kan lesen Open water aku ke Advance Open Water??...haa...sbb teringin sangat nk buat wreck dive, nite dive ngan navigate sendiri mau p mana time dive nnt...


kepada yg tak follow blog aku, so tak tau apa tu Open Water License laa...upgrade lesen ke Advance Open Water la...sila click sini!!..


kalo  nk tau lebih lanjut pasal Advance Open Water, sila baca la article yg aku cilok dr Utusan kat bawah ni..:P


oopsss sebelum tu meh kita tgk gambar2 yg boleh buat aku meronta-ronta mau buat wreck dive..





kalo korg rasa tu dh cool..cuba tgk yg ni pulak...




haaaa...ada lagi yg super cooooooolll.....




cam mana dorg angkut keta tank zaman nippon ni pun tak tau ler...


pose cam ni caaareee gak kan...(dh standby nk berangan ni)... ;p


kalo korg rasa benda-benda ni kat obersea jek, mmg korg silap besar lerr...hehe..


wreck dive byk kat malaysia ni, generally kat area Borneo..esp kat Labuan, Sabah..



So, jom p amik lesen diving reramai jom!!... :)

ok..ok..cukup dh sesi membelek gambar...
ni ler artikel yg cite pasal Advance Open Water...check it out...


ARKIB : 25/09/2010

Teruskan hingga skuba lanjutan





Menyelam pada kedalaman melebihi 18 meter memerlukan seorang penyelam skuba itu mempunyai selaman lanjutan selain beberapa kursus khusus lain.


MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya jika sudah mempunyai lesen selam skuba laut terbuka, kenapa kita masih perlu untuk mendapatkan lesen selam skuba lanjutan? Walhal ia dilihat satu kelompok kursus yang hampir sama.


Malah, ada penyelam skuba yang sudah menyelam lebih 20 tahun masih tidak 'melangkah ke alam' selam skuba lanjutan kerana lebih selesa dengan apa yang dia ada.


Ini termasuk ungkapan nakal yang turut mengaitkan mengenai 'tanggungjawab 'jika seseorang itu mempunyai lesen selam skuba lanjutan.


Manakan tidak, sebagai pemilik lesen selam skuba lanjutan, seorang itu mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi berbanding penyelam skuba laut terbuka.


Ini berikutan kursus selam skuba lanjutan turut merangkumi beberapa aspek yang tidak diajar semasa penyelam skuba mengikuti kursus laut terbuka.


Ini termasuk selaman dalam, selaman waktu malam dan selaman navigasi.


Aspek-aspek ini penting bagi seorang penyelam skuba dalam melakukan selaman tidak kira di kawasan selam yang biasa dikunjungi atau di kawasan selam baru.


Dengan pengetahuan mendalam terhadap pelbagai aspek yang diajar di dalam kursus selam skuba lanjutan, penyelam mampu menguruskan diri sendiri dan penyelam lain dalam menjalankan aktiviti mereka.


Lebih menarik, melalui selama skuba lanjutan, selain diberi kebenaran untuk menyelam sehingga 30 meter berbanding hanya 18 meter bagi penyelam skuba laut terbuka, mereka turut boleh menyertai pelbagai kursus khusus yang mampu menceriakan aktiviti selam skuba mereka.


Antara yang paling mendapat sambutan ialah fotografi dasar laut, pemuliharaan marin dan selaman kapal karam.


Tiga bidang khusus itu sering mendapat sambutan disebabkan melaluinya, penyelam mampu melakukan pelbagai aktiviti tidak hanya menyelam biasa malah bagi fotografi dasar laut, dengan kelengkapan yang semakin murah sekarang, ia menjadi antara tujuan utama penyelam skuba menyertai aktiviti ini.


Berbalik kepada tanggungjawab sebagai penyelam lanjutan, selain mampu menyelam lebih dalam berbanding penyelam baru dan penyelam asas, mereka juga bakal dilengkapi dengan pengetahuan menyelam waktu malam dan juga navigasi selaman.


Menyelam pada waktu malam memerlukan kemahiran tertentu disebabkan selain kita berada pada persekitaran yang berlainan, kita juga perlu menggunakan peralatan khas termasuk lampu selam skuba yang bersesuaian.


Tanpa menerima tunjuk ajar yang betul, tidak semua penyelam skuba mampu menyelam pada waktu malam.


Berbeza ketika selaman pada waktu siang yang membolehkan penyelam skuba nampak kawasan persekitaran, menyelam pada waktu malam membataskan pergerakan.


Ini termasuk ada ketika penyelam skuba mengalami kekeliruan orientasi.


Belum lagi penyelam skuba itu terkena nitrogen narcosis yang akan membuatkan mereka berhalusinasi ketika selaman.


Semua itu akan diajar dalam kursus lanjutan bagi membolehkan seorang penyelam skuba menimba pengalaman dan keyakinan.


Selain itu, selaman dalam juga tidak boleh dilakukan oleh sebarangan penyelam disebabkan ia memerlukan penyelam skuba melakukan beberapa aspek penting dalam melakukan selaman itu.


Ini berikutan, penyelam skuba itu perlu melakukan aspek keselamatan secara berperingkat bagi mengelakkan mereka terkena penyakit tekanan tinggi atau DCS.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai selam skuba lanjutan dan kursus khusus, lawat www.idc-kul.com.my atau hubungi Pengarah Kursus, GoPro PADI Sea Monkey, Arnold Yap di 012-3881748 atau 03-78859658.


Untuk insurans Selam Skuba DAN, hubungi info@divetenggara.com atau melawat laman web www.divetenggara.my.


Source : Utusan Malaysia Online - Rekreasi




wahhhh...sangat lama aku tak dive kan..siap ada yg tegur, putih skit kulit aku skang ni...hahaha..


don't worry..tak lama lagi rentung balik ler..hehe..musim tengkujuh dah nak abis..nnt mula la aku skodeng2 tempat2 best...


timing cun, poket pun cun, AL pun ada, line clear...apa lagi terus zzaaaassss jek... :)








saya yg dah rindu mau bllluuupppp!!!....bllluuupppp!!!...bluuppppp!!!!...








Sunday, January 16, 2011

~~My new hobby~~

haaa..lama tul aku tak mengupdate blog ni...sampai ada org ckp blog aku cam kubur..hampeh tul!!!


kenapa aku tak update blog??..hahaha...sbb aku dh ada hobby baru...iaitu..main badminton!!...:)
slalunya malam-malam baru ada masa nak update blog/ baca blog2 org...la nie, pas balik keja, p main badminton..balik dr main badminton dh penat ..mandi2, sembahyang terus zzzzzzzzzz....


aku ni tak terexpose pada badminton ni..setakat main depan umah time ptg2 tu ada ler..tu pun pakai reket yg sepeket ada 2 batang reket ngan shuttlecock platic..waahha..tu ler yg paling canggih...


Then, bila ada angin...ke kiri-ke kanan ler kitaorg lari nk kejar shutlecock tu...hehehe...cam tu ler zaman dulu..


Aku tak pernah intertested nk main badminton ni..sampai la time aku baru masuk hostel kat UTM...malam2 boring..


Then,ada my opismate ajak tgk seagate badminton tournament..dia masuk..so ajak aku ala2 jadi pom-pom girl ler konon nya...alang2 dh takde plan apa mlm tue..aku pun join ler...


Smpai sana,sementara games,court kosong...so aku ngan selamba nya nk try2 ler pukul bola dlm dewan..tu ler 1st time aku main badminton kat dlm dewan...I mean kat proper place ler..hurm,cm best jek...so aku rasa cam best jgk ler...dh start ler excited...hehe...:p


So,aku pun janji ler ngan kawan aku si cik arabella ni..lain kali kalo nk p main badminton sila ajak aku skali...


Seminggu pas tu...aku dh join si arabella ni main badminton...secara rasminya aku lantik dia jadi coach aku..reket sudah pasti ler pinjam dr coach...:p


Hehehe...mula2 main mmg ler rasa nk putus urat...aku cm nk putus jantung,si arabella ni tak berpeluh pun..cheeettt...terhina sungguh...2-3 ari masa awal2 main badminton, rasa cam nk putus urat2 dlm badan jalan pun terkengkang-kengkang...hehe...lama-lama dh OK...dh tak sakit sgt ler...


So, bulan 12 ari tu aku g kedai sport kat sebelah kedai al-ikhsan taman U beli set badminton...


Hage reket ngan beg : RM 180
Shuttlecock : RM 40  (hasil tawar menawar ler ni, normal price >RM60)
Free gift : t-shirt ngan  wrist band







Hehe..br  ler bersemangat lebih nk main..


My aim skang nk wat coach saya berpeluh tahap leh perah baju..hehe..xde la rasa terhina tgk dia tak penat...:p


Saya yang bersemangat waja main badminton,



Saturday, January 8, 2011

~~Khalifah Allah Di Malaysia Dibuang Setiap Hari | iluvislam.com + discover the beauty of islam~~


Ya Allah...sampai nya hati dorg ni buang baby...huhuhu..walau apa pun alasan atas tindakan dorg tu, aku ttp rasa ianya sangat kejam..lain kali bagi kat aku jek!!.....

alt


Khalifah Allah Di Malaysia Dibuang Setiap Hari

Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan di KM7, Lebuhraya Silk dekat Semenyih hari ini.

Turut ditinggalkan bersama bayi cukup sifat itu di dalam beg berkenaan ialah kain dan lampin pakai buang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika dihubungi hari ini berkata bayi itu ditemui oleh seorang peronda lebuh raya berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi.

"Peronda itu yang sedang bertugas pada mulanya ternampak sebuah beg berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mendekati beg itu sebelum terdengar tangisan bayi.

"Beliau kemudiannya membuka beg itu dan menemui seorang bayi perempuan di dalamnya, lalu menghubungi polis," katanya.

Beliau berkata bayi berkenaan dipercayai baru dibuang di lokasi itu dan berdasarkan keadaan tali pusatnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira tiga hari lepas.

"Bayi itu dibawa ke Hopital Kajang untuk pemeriksaan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

- Kuala Lumpur, 7 Januari 2011

Seorang bayi perempuan ditemui masih hidup di dalam kotak yang diletakkan di hadapan sebuah premis kosong di Taman Sentosa,
Klang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Muhamad Md. Yusof berkata pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 5.30 petang daripada seorang lelaki tempatan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Bayi yang dianggarkan berusia antara empat hingga lima bulan itu ditemui di dalam kotak itu lengkap berpakaian tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya, katanya ketika dihubungi.

"Bayi yang ditemui itu juga tidak mempunyai parut suntikan BCG dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Muhamad berkata bayi malang itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk diberi rawatan susulan sementara polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata bayi berkenaan dipercayai mengalami masalah kesihatan apabila didapati kepalanya berair dan pihak hospital akan membuat pemeriksaan lanjut.

- Shah Alam, 7 Januari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). http://iluvislam.com/ merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Fikirkan

Setiap bayi yang dilahirkan adalah khalifah Allah di muka bumi. Bayi itu suci dan semuanya berpotensi untuk menjadi manusia yang luar biasa. Tetapi oleh kerana kita yang rakus dengan dunia dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang tidak pernah puas, kita sanggup membuang khalifah Allah SWT di dalam tong sampah dan di sungai. Insaflah manusia. Sesungguhnya dirimu begitu berharga.


Sedih :'(




Khalifah Allah Di Malaysia Dibuang Setiap Hari | iluvislam.com + discover the beauty of islam