Friday, July 29, 2011

~~MEMILIH SOULMATE : BERSEDIA DENGAN KEJUTAN~~

Terbaca entry ni dari blog my old friend, Izza...sangat menarik perhatian..


Bayangkan timbunan kotak hadiah ada di hadapan anda. 
Berbagai bantuk, berbagai warna, berbagai saiz.
Berbagai jenis hiasan.

Aduh! Rambang mata!
Lalu perlahan-lahan anda belek dan pilih, yang mana memenuhi citarasa.

Si A mungkin memilih kotak berbalut kemas pembalut warna maroon, dihiasi dengan riben keemasan.
Si B mungkin memilih kotak segera berwarna warni berhiaskan riben kecil.
Si C mungkin memilih kotak bulat polka dot berwarna pink stiking, sesuai dengan citarasanya.

Tiada siapa antara mereka dapat meneka secara tepat, "apa yang ada dalam kotak?"

Ada yang ringan bagai kapas ada yang berat bagai diisi 6kg dumbbell didalamnya.
Ada yang cuba menggoncang, diangkat ke atas, bawah, kanan dan kiri.
Ada yang meneka dari saiz kotak. "ah! kecil kotak ni mungkin tak berharga!" tanpa mengetahui didalamnya terisi berlian berkarat-karat.
Ada yang extreme, menghempas kotak itu ke tanah, dan prang!! agak-agak apa ya di dalam?



Ada di antara kita, akan tersenyum simpul bila kotak itu dibuka. Nyata hadiah yang terkandung memuaskan hati, memenuhi citarasa.
Ada yang separa bahagia, mengharapkan yang lain, lain yang dapat. Namun masih cuba untuk menerima.
Ada yang berduka. "Bagaimana apa yang diharapkan tidak dapat?" Lalu mereka bermuram durja.


Memilih pasangan hidup, bagaikan memilih hadiah yang berbungkus rapi.




Orang kata life is full of suprises.
Betul?
Dalam kita berhati-hati memilih bagaimanakah orang yang bakal melayari sisa hidup bersama nanti, pastikah kita benar-benar dapat sepertimana yang kita ingini?

 "Waktu dating dulu perangai awak lain, lepas kahwin perangai awak lain."

"Nampak saja diam, rupanya dia banyak cakap dengan orang yang dia betul-betul rapat saja."

"Tak sangka pulak dia rupanya pemalas, harap muka saja cantik."


If one is full of expectations, then life is full of lies.

Berharap pada yang baik-baik, jangan lupa menerima apa yang kurang baik.

Manusia tak sempurna. Terima hakikat.

Bukan sedikit yang mula merungut dan menyesal bila apa yang diharapkan tidak sama.

Dalam perhubungan, toleransi dan kesabaran penting.

Bila saya di wad neuro hospital kuala lumpur, ada banyak pesakit yang sakitnya datang tiba-tiba.
Betul-betul tiba-tiba.
 Dan sakitnya bukan sekadar datang dan pergi, ia sebati dengan diri.
Bayangkan anda ditempat pasangan orang yang sakit itu, anda telah mengikat kontrak untuk menjadi suami/isteri kepada seorang manusia yang mungkin memerlukan 100% perhatian dan bantuan anda.
Dia tidak boleh bekerja, saban hari terlantar di katil sahaja. Selama berapa tahun lagi?
Yang setia dan sabar akan menunggu, dalam hati dia panjatkan doa agak dia terus sabar dan sabar, agar penderitaan mereka berkurang etc.
Yang tak sabar, lari.

Ada kawan-kawan yang menceritakan pada saya sedihnya pasangan mereka itu, begini.
Kesedihan, atau mungkin jugak ketidakpuashatian  perlu ditangani dengan sabar.
Tapi sampai bila? Anda bersabar terlalu lama, anda akan jadi manusia yang bodoh. (dalam sesetengah aspek)

Terima kelemahan seadanya, hargai kelebihan sepenuh hati

Lalu ada yang bertanya, "bagaimana nak hadapi kelemahan-kelemahan manusia dalam perhubungan?"

Kata pertama saya, sabar. Namun perlu juga dilihat pada konteks permasalahan. Ada perkara perlu toleransi, ada perkara, tidak.

Kedua, toleransi. Pandailah tackle. Kalau suami seorang pemarah, cari cara untuk redakan kemarahannya. Kalau isteri kuat membebel, cari cara untuk redakan hobinya.

Ketiga, diplomasi. Berterus terang dan berbincanglah.

Keempat, muhasabah diri. Hujan takkan turun kalau tak ada awan. Laut tak bergelora kalau tak dilanda angin. Perbetulkan diri, dan perhatikan orang sekeliling jugaakan tukar navigation hati mereka terhadap anda.



** musuh diri anda ialah diri sendiri** 

Thursday, July 28, 2011

~~Kisah Dongeng ~~ Stacy~~

Bila dengar lagu ni tetiba jek nak touching...huhuuhu..


Love this song and the lyric..The MTV really cool...biasa la, KRU punya maaaa...


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Source : lirik-lagu-kisah-dongeng-stacy/




MP3 4 Share link :Stacy - Kisah Dongeng.mp3


Wednesday, July 6, 2011

~~Muhasabah diri seketika~~

Semalam terbaca status sorg member kat FB..
sangat tersentuh bila di baca..sayu sgt rasanya..mcm rasa kena tampar pun ada......


Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman.
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


ya Allah, kuat kan lah semangat hambamu ini menghadapi ujian Mu....InsyaAllah...


saya hamba yang kerdil,



Monday, July 4, 2011

~~Awet Muda~~

dah nak dekat-dekat bulan puasa ni, mana2 jek boleh jumpa orang jual kurma...aku tak tau la, dari dulu lagi...kalo tgh bulan2 puasa/dekat-dekat nak puasa ni, kalau orang sibuk beli buah kurma, aku sibuk nak beli buah Tin...Buah Tin??...haaa..kalo korg g kedai yang jual kurma, tanya lah pasal buah tin..


buah ni ada bijik halus2 kat dalam nya..so, kalo time kunyah tu ada bijik2 yang crunchy kat dalam..tu yang aku suka tue...halus2 jek bijik nya..boleh kunyah-kunyah and makan..rasanya tak terlalu manis macam kismis, and tak terlalu juicy cam kurma..apa2 pun aku suka la..lagi pun buah tin ni kan ada di sebut2 dalam Al-Quran..baru-baru ni aku beli harganya RM20/setengah kilo..musim2 puasa ni senang sikit nk cari..kalau teringin sangat, aku beli gak kat hypermarket, area2 kurma tu kadang2 ada jual..tp stok lama sikit laa..







Ari ni, tergerak hati pulak aku nak cari apa keistimewaan buah ni..jom kita baca sama-sama...


________________________________________________________________________

KHASIAT BUAH TIN


Khasiat

Para pakar kesehatan sangat menganjurkan kepada kita untuk makan atau menkonsumsi Buah Tin, buah Tin ini membantu proses pembersihan racun dari dalam tubuh kita, mencegah kanker usus serta penyakit yang berkaitan dengan perut.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan University Rutgers di New Jersey, As, menyebutkan bahwa buah Tin mengandung antioksidan yang dapat menghalangi karsinogen yang menjadi penyebab kanker. Buah Tin juga mengndung Omega 3 serta Omega 6, yaitu sejenis lemak yang berperan dalam pencegahan penyakit jantung.

Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai dan pas dikonsumsi oleh para penderita diabetes atau penyakit gula.

Buah Tin yang namanya termaktub dalam salh satu Ayat Al - Qur'an, seperti juga Khasiat Buah Anggur yang terdapat dalam kitab suci Umat Islam tersebut. Menurut hasil penelitian medis terbaru, selain dapat mencegah penyakit kanker, buah ini juga mengandung zat yang sanagt penting untuk tubuh manusia.

Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.

Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, dimana setiap 100 gr buah tin kering terkandung 12,2 gram serat , dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghambat pertumbuhan tumor.

Umumnya Orang Indonesia lebih banyak mengkonsumsi buah ini dalam racikan yang diawetkan. Orang yang pualng dari tanah suci sering membawa buah Tin sebagai bingkisan obat untuk sahabat serta keraba di tanah air. Saat ini buah Tin mulai dibudidayakan di Indonesia, walau buah ini rasanya tidak selezat buah - buah yang lain, namun buah ini punya beberapa keunggulan dan kelebihan yang pantas untuk kita konsumsi.

_________________________________________________________________

mengandungi anti oksida???ala2 buah awet muda jugak la ni... dan jugak, buah ni sangat serat..tak payah susah2 nak minum jus fiber dah....:)

kalau nk cari kat wikipedia pun ada..Pokok_Ara

ada lagi blog yg cerita psal buah tin ni [Buah Tin kaya khasiat seribu manfaat];



Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :-
  • mengelak daripada bahan2 keracunan
  • melicinkan tekak dan dada
  • mencuci hati dan jantung
  • membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Ada Lagi...

Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-

  • penyakit buasir
  • sakit2 dan bengkak badan
  • batuk yg berpanjangan
  • melawaskan kencing

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

jom makan buah Tin;


Sunday, July 3, 2011

~~ Yoga vs Pilate~~

 








as skang ni tengah cuti semester, so aku kurang bz sikit..kalo dah biasa bz, tetiba takde xtvy pas balik keja, rasa cam serba tak kena jek..


tetiba ada member lama ajak aku ke aerobic class,..hurm..cam best..tp cam kurang menarik...pastu aku pun belek2 la dance centre tu apa lagi fitness class yang di offer...oohh..ada byk rupanya..dancing - cha cha, belly dance, hip hop, ballet pun ada..kalo fitness, ada aerobic, yoga pilates...


wahh..dulu time aku keja kat area klang, aku selalu gak join class pilate ngan yoga kat fitness first..so, aku pun membelek2 la schedule nya...


finally aku mengsign up kan diri tuk yoga every sunday morning...dah sebulan pun aku join class ni..ok gak la..sejam setengah..


dance centre ni every month dia akan keluar jadual baru...bila aku belek2 schedule bulan july, ada pulak class pilates every saturday morning..wah, ini dah bagus...
so, smlm 1st time aku join class pilate kat sini..and ari ni ngan class yoga lak..


takde la aim nak kurus pun bila join class ni..sbb tau ngan sejam tu takde la byk mana calory boleh burn..lebih kepada nak firm kan jek..


apa beza pilate and yoga??..for me, pilate lagi laju..so clas dia sejam tu leh bakar calory yang lebih kurang sama ngan class yoga yang sejam setengah..then yoga lebih kepada technique breathing, kesihatan inner...ketenangan kepala otak..end of session ada relexing...baring tenang2...leh tertido jap...pas kelas, kalo technique betul tak sakit badan...


pilate lebih kepada stunt2 yang lagi tough...then dia akan count 1,2,3....repeat lagi..1,2,3...instructor tu kata, pas class akan sakit badan for 2-3 days..itu normal..so tak yah g jumpa doctor.,..tu cuma muscle terkejut jek..


kalo korang nk baca info lebih lanjut, leh pegi link ni
a) which-better-yoga-or-pilates
b) pilate vs yoga


to those yang duduk kat area JB, kalo nk try eh g centre ni...ATS dance..cari kat facebook pun ada..


stunt ni aku dh boleh buat in my 3rd class

 stunt ni aku dh boleh buat in my 3rd class..tp perut ku takde la se slim model ni..hahaha..

stunt ni aku tak boleh buat2 lagi

 stunt ni pun aku tak boleh buat2 lagi..tp ada jek student2 lama yg bdn cun2 tu boleh buat stunt2 susah2 cam ni..

Harap2 aku leh maintain la ngan class2 ni..xde la hangat2 tahiiiiiii ayam jek...;p

pictures courtesy : En google


saya yang tgh sakit2 badan,