Friday, January 4, 2019

Kashmir Trip ~ Day 6 (Naranag)

Pagi ni bangun..sejuk sangat yang amat..memang house boat ni takde air-cond, tapi sejuk nya Ya Rabbi..mujur la ada hot shower..

Pagi ni bangun-bangun tengok mama dah takde dalam bilik..rupanya dia dok sibuk record video nak tunjuk anak cucu houseboat ni..

bukan main excited lagi dia tu..

tapi memang pagi-pagi ni aman betul kat house boat ni..maklum la takde boat-boat bunyi bising lalu kat kawasan ni..akak-akak group aku ni siap dah tukar baju saree amik gambar guling-guling kat taman depan tu..

Keluar je bilik, lalu depan dining area..haa nampak semua dah standby..sarapan apa agak nya pagi ni...

 Pagi-pagi ni kitaorang meround-round kat area house boat..MasyaAllah cantik nya view..





Bunga-bunga mekar sangat keliling house boat..






Lepas breakfast, kami bersiap

Hari ni kami nak ke Naranag..ni kat kaki gunung tempat selalu hiker pergi hiking kat Banjaran Himalaya..

Kat kawasan ni ramai penduduk Nomad, time kami sampai ni dorang tengah nak berpindah ke tempat lain sebab tak lama lagi nak musim sejuk (winter).

Beberapa kali jugak perjalanan kami terhenti time dorang lalu.tourist guide kata kadang-kadang jalan jem berjam-jam sebab kambing/kuda orang nomad ni lalu


  Dari last check point kereta boleh lalu kami kena jalan kaki sikit untuk ke sungai di kaki gunung.


Dalam perjalanan akan lalu bekas tample..dulu kashmir ni penduduk beragama budha, kemudian hindu..sekitar 700-800 tahun lepas baru islam sampai ke sini..Alhamdulillah 97% masyarakat kashmir beragama islam..walaupun ada beberapa fahaman kat sini..syiah,sunni..


Tapak tingggalan temple ni pun dulu sebenarnya dijumpai oleh arkeology, dan dikorek sepenuhnya.






 

Rumah masyarakat nomad

Tadaaa....haa ni la sungai nya..kitaorang melepak kat sini..cantik sangat kawasan ni..tu rumah-rumah masyarakat nomad..

Penduduk pergunungan ni la yang ada bermata hijau/biru..biasanya yang perempuan..national geographic buat shooting penduduk sini la atau penduduk pakistan..tp penduduk sini lindungi yg perempuan tu dari di expose..tu yang susah nak dapat gambar dorang.


So dulu masa nak buat shooting tu, dorang bawak banyak mainan,makanan, groceries dan di distribute percuma kpd penduduk sini..tu yang dorang dapat gambar-gambar perempuan with green and blue eyes tu..pandai kan trick dorang..

Ada jugak orang nomad ni rumah yang cuma kemah macam ni je





 
Kebetulan masa kitaorang lalu, budak lelaki ni nangis tak berenti-renti..last-last aku bagi biskut yang aku beli kat kedai sebelum masuk kawasan sungai ni...baru la budak lelaki ni diam, siap senyum-senyum..nak amik gambar di korek hidung pulak..haa nasib comel ko ni..


Lepas amik gambar budak lelaki ngan pompuan tadi, bila aku lalu rumah nomad lain, budak perempuan ni pulak panggil...aku mintak kebenaran nak amik gambar..dorang angguk..lawa kan dorang ni, fair skin..hidung mandung..mata bulat..pas tu aku bagi duit kecik..lepas dari rumah ni je aku kena serbu ngan budak-budak..habis biskut ngan coklat aku bagi dorang..haha..lucu...rupanya trip mate aku dok tunggu kat atas tembok, tengok kan je la aku kena pau..>.<'

 Balik dari kawasan ni, kami singgah kejap kat rumah Asma (asma ni tokey tour agent ni)..rumah local people kat sini,,dekat dengan kawasan bandar..bila rumah kat bandar, normally rumah dorang 3 tingkat, tingkat atas sekali selalunya untuk majlis-majlis sedara-mara berkumpul..so bagi kami rumah dorang ni besar sangat dan lawa..


Aku tak amik pulak gambar rumah dia, macam tak sopan pulak rasanya..ada sikit jamuan tuan rumah buat kan untuk kami, air almond tea ngan biskut-biskut local..



Semua behave je bila kat rumah orang..Sopan santun semua..hehe..



Rupanya family Asma ni pun ada business jual pakaian local..so kami ke rumah sebelah, butik jual macam-macam kain baju local people..masa ni la kami beli kain untuk souvenir.

Lepas shopping sakan, untuk sekelian kalinya (bahasa tersirat untuk dah banyak kali session bershopping)..kitaorang pun di hantar balik ke stesen shikara..kitaorang sampai je kat bus stop tu, pendayung sampan shikara kami pun sampai..

masa ni angin dah agak kuat, junaid sempat pesan suruh terus balik house boat..kami pun baik je cakap "okey, dont worry"...

Masa tengah mendayung-dayung tu, one thing yang tak syok pasal house boat ni ko sentiasa kena kejar ngan salesaman..macam-macam la dorang jual.dari baju, sampai la gelang, cincin, beg,



Dorang ni gigih sangat ha kejar sampan ko..sepanjang tu la dia dok promote pasal barang jualan masing-masing..
Tengah dok kena kejar macam tu, kitaorang tanya pendayung sampan kitaorang,,ada night market tak kat sini..dia kata ada shopping mall..kitaorang nak cari t-shirt " I Love KASHMIR"..

boleh..dia tau kat mana..haa..(nampak tak dah lupa pesanan Junaid)..haha..sampai je kat house boat, Hassan dah tunggu kami kat platform, kami cuma letak beg-beg hasil shopping hari ni kat dia, lepas tu bgtau kami nak ke night market..dah macam daddy-daddy sangat si Hassan ni tunggu kami..






Lepas puas bershopping berkali-kali hari ni, kami pun balik ke house boat..tengah mendayung nak balik ni, tetiba gerimis turun..di ikuti angin kuat..haa, tu la degil lupa pesan si junaid..dlm van lagi dia dah pesan suruh terus balik sebab nanti angin kuat nak hujan ni..

Alhamdulillah, ngam-ngam kami masuk house boat hujan lebat pun turun..angin kuat rasa sampai house boat pun goyang-goyang ..

Makan malam macam biasa sedap hingga menjilat jari...

Duduk kat sini, memang korang jadi mem besar tau..makanan semua di hidangkan siap di sendukkan ke dalam pinggan..



 Makanan sedap, layanan baik..puas hati sangat..malam tido mimpi indahh...



Tuesday, December 11, 2018

Kashmir Trip ~ Sonamarg (Day 5)

Bersambung lagi...

ok..Hari ni kami kena check out dari hotel...sebab kami akan tidor kat Boat House pulak..mesti korang macam aku kan..asal baca itinerary travel ke Kashmir mesti sebut pasal boat house..

Actually Kashmir ni dicover dengan Dall Lake almost 50%..and asal-asal penduduk Kashmir ni memang duduk dalam boat di atas tasik ni..so korang boleh la bayangkan betapa Dall Lake ni penting untuk penduduk asal kawasan ni..Kashmir main city pun memang kat kawasan tasik ni jugak..actually aku tak boleh nak imagine sangat pasal boat house ni..sampai la dah jejak kan kaki kat kawasan ni baru la boleh..ooowhh macam ni keee??...

OK memandangan hari ni kami akan ke Sonamarg yang terletak agak jauh jugak dari hotel kami..jadi bila sampai kat Dall Lake tu, Junaid arrange kan semua luggage kitaorang..Leez pun ikut jugak sekali untuk verify apa yang patut..

cantik sangat scenery kat sini weii...Junaid pesan jangan turun van, dia dok angkat2 beg kitaorang masuk sampan..tengah dia  dan driver busy tu, kitaorang semua dah turun van...bila dah turun tu baru paham kenapa si junaid tak bagi kitaorang turun..sebab nya pakcik-pakcik kat stesen shikara tu semua akan kejar tourist..wahaha..habis kitaorang kena kerumun ngan dorang...yang kitaorang pulak ingat kan dorang lepak ramai-ramai kat situ sebab tunggu bass..*palm face*..





Kitaorang yang dok tunggu kat jeti ni..tak tau la rupanya cemana boat house tu...yang penting kitaorang dah kena pau dulu ngan pakcik-pakcik kat sini..actually takde la mahal sangat barang-barang yang dia jual..baju jaket kulit RM50-RM80, beg kulit pun ok la harga nya..tapi nk beli banyak-banyak pun poket tak lebat jugak..wahaha..

Lepas masing2 dah kena kerumun, last-last kami pun dah tak tahan..kitaorang semua naik balik van..wahaha..lawak..sampai kan bila kami duduk dalam van pun, dorang campak-campak jaket ke dalam van..suruh try jugak..

akhirnya bila junaid sampai, kami pun gerak dari situ ke Sonamarg...


Sepanjang perjalanan aku memang tak tidur..sebab apa??..pemandangan cantik sangat sampai rasa rugi pulak nak tido..sibuk dok amik gambor sana sini..


 Beberapa kali kami terserempak dengan kumpulan orang-orang nomad berpindah..unik betul kehidupan dorang kan..
 Yeahh dah dekatttt..tak zabarrr..
 Makin dekat, makin cantik pemandangan..
 Excited face..bukan main sengeh lagi haa
 Bila turun je dari van...wahhhhhh..jaw dropped kejap..cam ni punya lawa scenery nya...


 Junaid ajak kami lunch dulu baru la naik kuda ke atas...tak sabar-sabar semua amik gambar kat luar..
 View dari tingkap meja lunch kami..makan pun dok toleh-toleh ke luar....>.<
Jom start naik kuda..sorang owner kuda, control 2 ekor kuda..so nasib baik la kitaorang dah naik kuda 3 straight hari ni..jadi takde la kekok lagi..



 


 Yang ni kat puncak kawasan kami berhenti.ada group kat sini ramai yang photographer amik gambar..nnt dia transfer gambar msk ke dalam memori kad.. cantik sangat kat kawasan ni..
skang ni gambar ni dah jadi wall paper phone..wahaha..


 


 



  Puas bergambar kat atas tu..kitaorang pun turun dan pulak ke boat house..



Excited jugak ni tak leh nak imagine cemana la rupanya..

 Kami naik sampan2 kecik tu..Dorang dayung manual je sampan ni..air jernih sangat boleh nampak kat bawah tu penuh rumpai-rumpai..

So ini la boat house kami..nampak simple..dalam ni ada 5 bilik..ngam-ngam untuk kami semua ni




Ukiran kemas dan cantik ni sampai ke ceiling..halus sangat buatan nya..

 


Haa....cantik kan..nanti esok kita sambung amik gambar lagi..
sebab hari ni excited kemas beg masing-masing dan keletihan..

Lepas dinner, main internet kejap terus zzzz..